Review: Boboiboy the movie

Saturday, March 05, 2016



Assalamualaikum, 

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah hari ke-enam dalam bulan Mac. Sekejap je masa berlalu. Adlin pun dah selamat dapat SPM's result, rasa nak menangis bila tengok result sendiri. Tak apa lah, mungkin tak ada rezeki dekat SPM, ada lagi rezeki dekat tempat lain.

Jadi semalam, untuk mengubat kesedihan dan kedukaan di hati, papa pun ajak lah kami tiga beradik pergi tengok Boboiboy the movie ni. Apa lagi, bila orang dah ajak tak kan nak tolak rezeki kan? hahaha

Boboiboy the movie ni bila Adlin baca dekat facebook, sejak hari pertama ditayangkan iaitu pada 3 Mac 2016, sebanyak RM500k kutipan untuk hari tersebut, memecahkan rekod sebagai kutipan filem paling tertinggi pada hari pertama. Semalam masa Adlin pergi pun, memang ramai pergi tengok cerita ni, terutamanya keluarga yang mempunyai anak kecil. Sampaikan bila check tiket untuk Alamanda dan IOI Mall Putrajaya, dua-dua tempat tiket dah habis untuk malam tadi. 

Bagi Adlin, sangat berbaloi kalau nak tengok cerita boboiboy the movie ni. Pertama sekalli, kalau kita tak pernah tengok langsung boboiboy dekat tv, tak payah risau sangat sebab masa dalam movie ni, setiap watak disampaikan dengan sangat baik, means kalau kita tak tengok siri boboiboy dekat tv pun, kita akan faham setiap watak tersebut.

Jalan cerita bagi movie ni pula plot dia sangat best. Setiap part dalam trailer memang lain dengan movie. Trailer tu tak ada spoiler untuk part yang best dalam movie. Watak orang jahat tu memang jahat gila. Kesian boboiboy hahaha Dah lah susah sangat nak mati (ni kira spoiler ke?). Dari awal sampai habis movie memang dapat lihat plot yang tersusun kemas, ada part lawak, fighting scene and part sedih. 

Bagi Adlin, Boboiboy the movie boleh setanding dengan animasi luar negara seperti inside out, the good dinosaur, dan filem-filem animasi yang lain. Jadi sesiapa yang pernah terlintas kat fikiran dia, 'alah boboiboy ni cerita buatan Malaysia, mesti tak best' pergi tengok dulu baru judge okay?

Watak yang Adlin paling suka dalam boboiboy the movie ni, mestilah Fang hahaha. Sebab Fang handsome? Hahah sila pukul Adlin. Tak tapi serious Fang comel masa ada satu part ni **spoiler** Fang panic lepas tu dia tersalah keluarkan harimau bayang lepas tu harimau dia takut nak terbang hahahah. Walaupun dulu seingat Adlin Fang ni watak jahat dan tak suka dengan Boboiboy, tapi dalam movie ni boleh nampak dia bersungguh-sunggh nak selamatkan boboiboy.

Lagi satu, mestilah watak boboiboy itu sendiri. Kalau tengok dekat poster ada 5 boboiboy sebab boboiboy dalam kuasa baru. Macam tu juga kawan-kawan dia yang lain. Ying, Yaya and Gopal pun comel juga.

Jadi silalah ramai-ramai pergi tengok boboiboy the movie. Memang tak menyesal.

You Might Also Like

0 comments

Follow by Email

My Blog List

Follow me