Random talk : Wishlist

Assalamualaikum,

It has been a long time right? Hahahaa Adlin tak lupakan kewujudan blog. Actually I'm not feeling well, bukan sebab demam ke apa ke, cuma Adlin macam insecure sikit hahahaha sikit je lah sebab tu online pun jarang-jarang. Sekarang mood Adlin dah secerah matahari selepas hujan :D I'm back to positive cutie pie Adlin  //sila muntah.

Adlin dah buat semua night routines macam biasa, gosok gigi, cuci muka, pakai mask, and akhirnya Adlin tak boleh tidur huhuhu So, I decided to update this blog, since I miss here a lot and today's topic is my wishlist on skincare and makeup. Macam yang korang tahu, Adlin memang sangat berminat dengan skincare and makeup, but I'm still a beginner. Bagi Adlin, benda ni normal as a girl, liking that kind of stuff, makeup, fashion, boyband.. ahhahhahaa Tapi tak bermaksud perempuan yang tak minat benda ni bukannya perempuan yang normal. Sebab perempuan memang ada pelbagai jenis perangai and ragam yang dia sorang je ada, orang lain tak ada.

Anyway, barang-barang ni dah lama Adlin berkenan sangat, sebab banyak baca review pasal barang-barang ni. And barang ni ramai idols or artist yang pakai, or Get it beauty self recommended products. Some of the products are a bit expensive for me, sebab Adlin kan kerja tanam anggur kat rumah je hahahaha tapi Adlin letak harapan je lah semoga one day I'll be rich and buy all the products that I want lol

1. Moonshot 
Why am I really want this products? Firstly, it is under YG Entertainment. I'm a YG stan, so I guess I need to try this, and secondly models for moonshot ni ialah Sandara Park and G Dragon. Seriously, Adlin memang suka dua orang ni, sebab Sandara Park walaupun dah 30 tahun, kulit muka dia serious lawa sangat dibandingkan kulit muka 18 tahun Adlin. I adore her so much. And G Drogon is my forever bias hahahaha Packaging untuk moonshot products pun macam minimalist style like MAC or 3CE. It is totally YG. Boleh ke beli something sebab packaging?? Hehehe

- Moonshot Cushions (microfit, moonflash)


Sebenarnya Adlin tak ada niat nak beli cushion lagi buat masa sekarang, sebab cushion Adlin tak habis lagi. Adlin just masukkan dalam senarai wishlist, mana tahu kalau ada rezeki dah habis cushion nanti boleh try yang ni. Jadi, Adlin belum research sangat pasal cushion ni. Cuma, setakat yang Adlin tahu Moonshot cushion ni comes in two type, the first one is GD Cushion (microfit) and Dara Cushion (moonflash). Microfit cushion helps to express bright skin tone with anti-darkening formula while moonflash cushion is cushion with milky pink texture which boosts the dull skin and luminizes with invisible pearl. Dua-dua ni adalah get it beauty self products, but I don't know which one is the best. Oh, and Adlin punya favourite beauty youtuber, Kak Alyia pernah buat review untuk product ni here.

- Cream paint

This is one of the best seller, and with good reason too. Bila Adlin baca reviews, ramai yang cakap product ni bagus sangat. It is multiuse cream paint with creamy texture, and warna yang sangat cepat habis ialah 104 pink punch, sebab warna ni boleh guna in our daily look. Since it is multiuse, it can be use as a liptint or use as blusher. Cream paint ni ada 16 different colours, tapi Adlin nak dua colour je huhuhu no 102 candy stick and no 104 pink punch.

- Jelly pot
Another best item from Moonshot, jelly-like colour pot with multiuse propose.  Maybe as eyeshadows or blusher. Available in two types of textures: pearl type-glamorous pearls and vivid coloration and matte type-matte finish. It comes with 5 different shades and the best one is P05 moon revenge. Tapi, Adlin ada baca gak yang P01 stone pillow is really suitable for daily look. Warna dia macam rose-gold jadi kalau pakai hari-hari pun tak lah macam over sangat.

Moonshot ada beberapa top products lain, macam moon walk color stick, perfection balm and even face mask, tapi tak apalah tak berminat nak beli yang lain. 

2. Son&Park beauty water
Son&Park beauty water, one of the recommended products. Ramai beauty youtubers pakai product ni. Ni toner tau, tapi as multiuse juga. Adlin tak pernah tukar toner lagi buat masa sekarang, I'm still using the same toner, nano white toner along with nano white cleanser. Tbh, Adlin takut tau nak tukar, sebab takut tak kena dengan kulit. Tapi, Adlin rasa beauty water ni akan sesuai dengan kulit Adlin. Oh, and ada satu lagi beauty gel, tapi Adlin tak sure tu untuk apa, sebab Adlin search untuk beauty water je. Boleh tengok review youtube here. Packaging dia pun cantik, simple but ada style yang tersendiri. Harga dia? Almost RM200 sebotol, sebab tu Adlin hold dulu daripada beli.

3. Clean it zero
Clean it zero from Banila.co ni sangat bagus as makeup remover. Even lepas pakai ni, kita tak guna cleanser pun tak apa, sebab dia dah bersihkan muka kita sepenuhnya. Adlin dah tengok banyak video pasal clean it zero ni, tapi bila nak beli masa kat Korea, barulah Adlin tahu yang benda ni ada 4 jenis kalau tak silap. Setiap tu mesti ada fungsi yang berbeza. Jadi disebabkan Adlin rasa macam tak berapa berani nak beli, sebab rasa macam tak cukup review je, so Adlin tak beli. Dah balik sini baru menyesal hahahahah harga kat Korea around 18000won, so under RM100.

4. Eyebrows mascara
Sejak baru-baru ni, Adlin sangat rasa kening tu penting. Lagi-lagi Adlin tengok drama Beautilogy, masa dia tak lukis kening, cikgu dia nampak dia pergi sekolah, tapi cikgu dia cakap dia tak datang sebab dia tak lukis kening hari tu. Kalau korang clueless, cuba tengok cerita Beautiology mesti faham. And as a beginner, Adlin nak sangat own an eyebrows mascara. Adlin ada dah eyebrows liner, lupa jenama apa tapi colour clay brown. So, dah reti ah lukis sikit-sikit eyebrows, tapi Adlin rasa kalau ada eyebrows mascara lagi berkesan kalau nak lukis eyebrows yang semakin cantik. But, I'm still in dilemma sebab ada dua jenama yang ada review top, and tak tahu mana yang lagi best. 

Innisfree eyebrows mascara

Etude House eyebrows mascara

Dua-dua macam best kan? Any suggestion? 

5. Sheet masks
This one is really addictive. Adlin rasa macam tak puas sangat benda ni. Sheet mask adalah salah satu cara untuk mendapatkan flawless skin dengan harga yang sedikit murah. Kalau kita jumpa sheet mask yang sesuai dengan muka kita, dia akan jadi effect kepada kulit kita. And best nya sheet mask ni ialah dia ada banyak jenis mask untuk fungsi yang berbeza. Ada for brightening, whitening, moisturize, macam-macam lah. Adlin suka tengok gambar orang yang ada banyak sheet mask sampai boleh pakai everyday, rasa macam best je boleh pilih je apa nak pakai hari tu, Ingredient pulak pelbagai yang kita boleh pilih, from buahan or bunga sehingga ke donkey milk, pig collagen, red wine or paling teruk janin baby. Kalau beli, kena tengok elok-elok, ada janin baby and snake apa tah. Kesian baby tu. So far Adlin jumpa kat Sasa lah yang ada janin, tempat lain tak da pulak.

Etude House I Need You masks

Holika Holika Before and After masks //rasanya dekat Watson ada mask ni

Innisfree It's real masks

Sebagai rujukan 

Park Jimin and Kim Taehyung masks hehehehehe even our cuties from Bangtan wears mask
// Rasa nak tarik rambut diorang ke belakang, tak suka bila rambut jatuh kat atas mask


So, ada apa-apa barang yang memang korang berminat? Tell me about it :D

Comments

A N I S said…
ahhhh mask tu yang tak tahan tengok , kalau jumpa je mesti anis nak beli even ada lg yang dekat rumah tak guna lagi hehehe :3
Unknown said…
Sama hahahaha walaupun ada satu je muka, tp mask mesti banyak hahahahahaha
Unknown said…
Nak banila co make up remover tuu

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes