Review : Sunk into the womb

Assalamualaikum, konnichiwa.

Fuh fuh berhabuk blog sebab dah berapa lama tak update. Sabarlah wahai hati, minggu ni dah start study week, minggu depan habis final, boleh update puas-puas.

Anyway, walaupun minggu ni adalah study week, Adlin tertengok satu Japanese movie pulak. Movie ni macam jadi viral kat facebook, selepas cerita train to Busan dikeluarkan.

Sunk into the womb, satu movie Jepun yang diterbitkan pada tahun 2013 tapi baru sahaja viral di facebook. Rasanya ramai yang tahu kisah Train to Busan yang menunjukkan kasih sayang seorang ayah, kali ni kita cerita pasal ibu pulak.

Anyway, this movie is about a mother with two children, the oldest sister, Sachi and little brother, Sora. Ibu ni seorang yang penyayang tau, tapi ayah kepada anak-anak ni selalu busy. Ibu ni keseorangan di rumah, jadi dia decide nak kerja. And dia pun bekerja sebagai pelayan bar.

Sejak itu, si ibu mula pulang lewat. Kalau keluar untuk pergi kerja, ibu ni akan meluangkan banyak masa untuk bermake up dan sebagai nya. Secara tak langsung, anak sulungnya, Sachi mula mengikuti perangai ibunya. Dia start pakai gincu, pakai kasut tumit tinggi.

Part yang paling sedih bagi Adlin ialah bila ibu tu decide nak keluar, and sejak hari tu ibu tu tak balik-balik. Bayangkan, kakak Sachi tu baru berusia dalam 4tahun and Sora si adik baru berusia 1 tahun setengah macam tu, ditinggalkan berdua di rumah. Ibu dia masak nasi goreng banyak sangat, seolah-olah memberi petunjuk yang dia akan keluar lama. Sejak dari tu, diorang dua beradik mula kena survive sendiri dalam rumah. Apalah sangat yang budak kecil tahu. Kakak dia ni yang buat susu untuk adiknya Sora.

Ada satu part ni, rasanya bekalan air masak di rumah mereka dah habis, jadi bila buat susu untuk Sora, Sachi si kakak ni berebut susu dengan adiknya. Adik dia haus, sampaikan adik dia nak minum clorox tapi kakak Sachi ni tak bagi minum clorox. Malam tu dia dodoikan adik dia tidur sambil nyanyi lagu happy birthday. Keadaan rumah tu jadi bersepah sangat. Kakak ni makin kelaparan, jadi dia makan beras, makan mayonise sebab terlampau lapar.

Satu hari, ibu dia balik. And ibu dia terkejut bila nampak Sachi. Sachi dengan gembira nya cakap "selamat pulang mama" lebih kurang macam tu lah dia cakap. Dia tanya kenapa adik dia Sora tu tak menangis. Rupanya Sora dah mati. Dah berulat pun. Ibu diorang ni keras hati betul. Dia buang ulat kat muka Sora tu tanpa perasaan, lepas tu dia basuh mayat Sora dalam mesin basuh. Tu bukan ending, kalau nak tahu apa jadi kat Sachi, tengok lah cerita ni.

Adlin is a spoiler hahahahah cerita ni memang bagus, cumanya jalan cerita dia terlampau perlahan, jadi Adlin akan skip-skip. Dialog pun sedikit je bagi cerita ni. Oh lupa nak cakap sebenarnya this movie is based on a true story that happened in Japan in 2012. Si ibu tu tinggalkan anak dia dari penghujung bulan Mac sampai awal June. And bila di soal siasat, si ibu boleh cakap ingatkan anak dia dah lama mati sedangkan pihak polis siasat, anak dia mati seminggu sebelum dia balik rumah. Kesian kan?

sampai sini sahaja kisah kita. Please pray for my final which is next week. Then, I'll be free for about 3 weeks. Yeyy

Comments

A N I S said…
ish ish teruknya mak dia ! kesiannya adik dia dah mati

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review: Victoria secret's perfumes