Random : My Raya story

Assalamualaikum and hello everyone,

It has been a very long time right? Kalau dulu Adlin bagi alasan busy dengan tutorial and classes, sekarang ni alasan yang ada cumalah malas nak type. Banyak sangat post Adlin tertangguh dalam draft, kena edit balik sebelum di-post kat sini.

By the way, how was Raya? Mine was good except Adlin asthma teruk masa raya pertama. Biasalah, malam raya tu banyak makanan sejuk-sejuk, Adlin pun makan je tak fikir pantang larang, makan je semua sebab tu sakit huhu Apa pun Adlin dah sihat balik sekarang Alhamdulillah

Macam tahun-tahun sebelumnya, malam raya dengan pagi raya, kitaorang sekeluarga memang banyak beraya rumah nenek sebelah papa. Kalau dulu, hari raya pertama sampai hari raya ketiga kitaorang mesti balik rumah atuk sebelah mama pulak, tapi dah lima tahun kitaorang tak balik sana semenjak arwah atuk meninggal. Rumah tu pun dah tak ada sesiapa duduk lepas arwah atuk tak ada.

Kalau rumah nenek sebelah papa, malam raya mesti ada buat takbir raya, kiranya orang datang rumah lepas tu bertakbir lah. Lepas tu buat makan-makan sikit. Tahun ni, papa buat fruit skewers. Letak buah anggur, marshmallow and buah epal. Simple je tahun ni punya menu.

Pagi raya pula, sesi bersalaman lepas balik dari solat raya. Paling best lah buat kami yang masih kanak-kanak (Adlin pun kategori kanak-kanak lagi) sebab masa ni lah nak dapat duit raya. Teruk kan perangai dah 19 tahun pun dapat duit raya lagi. Tapi, sebabkan sakit tak banyak pun gambar Adlin masa first day raya.

Adlin tak tahu nak share apa dalam post kali ni. Keluarga kitaorang tak pernah buat kuih raya masa raya sebab nenek Adlin kata jangan susahkan diri kat kedai kan ada jual. Anyam ketupat pun tak sebab tahun ni tak ada daun untuk anyaman ketupat tu, jadi nenek Adlin beli ketupat yang dah siap dianyam dan dimasak. Jadi, Adlin cuma kongsi gambar sepanjang raya Adlin kat kampung. Adlin belajar macam mana nak buat trick nampak kurus dalam gambar, and Adlin sangat puas hati sebab Adlin nampak kurus. Apa-apa pun, Adlin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :)

My happy small family

Muka sakit

Raya kedua Adlin dah sihat sikit masa ni

Sempat berjalan ke Mersing 


Comments

Popular posts from this blog

Kenali warna dan jenis kulit kita

Review : Sunk into the womb

Review: Victoria secret's perfumes